Kemainn nauu, hihi mentang2 musim duit brim tengah masukkan? Tapi gua tak apply pun. Harap je abang2 kerja kat lhdn. Tak suruh langsung adik apply brim. Haha
Okay, fokus kepada tajuk asal iaitu maulid/maulud. Sebenarnya sama je antara dua2 tu. Gua asalnya join maulid ni masa tahun lepas tapi bape kali je sebab terikat dengan belajar. Jadi bila balik cuti dan kebetulan ada maulud baru boleh join. Biasanya gua join dekat Al-jenderami.
Banyak kelebihan maulud ni sebenarnya, kalau gua terang kat sini alamatnya memang panjang lah. Sekarang ni kan zaman dah canggih dimana intenet dihujung jari, jadi search jelah. Mesti banyak jawapan kita boleh dapat. *nampak tak gua malas, padahal boleh je copy paste*
Disini gua ingin serta kan jadual maulud & hol untuk tahun ini iaitu 2015. Jadi, kalau dah kenan tu apa lagi join jelah benda baik macam ni.
Nampak tak? Kalau tak nampak mohon zoom dekat2. Hehe. Kalau tak dapat join yang jauh2 tu dapat join dekat2 pun okay dah. Janji kalau ada niat nak join dapat sebulan sekali pun dah okay apa, kan? Daripada nak join tapi takda inisiatif langsung nak usaha join diantara salah satu tarikh dalam jadual tadi.
Benda yang baik harus dikongsikan, dihebahkan. Hebahkan benda yang baik yee, jangan hebahkan kebaikan yang kita buat jatuh sifat riak nanti. Hee. Biasa orang kalau kahwin kemain dihebahkan jadi apalah salahnya maulud ni kita hebahkan juga. Sekurangnya kalau kita tak dapat maii, orang lain boleh maii. Yeee dok? Haha
Seronok sebenarnya kalau kita dapat sertai maulud ni, banyak qasidah2 baru kita dapat tau dan boleh belajar. Dapat juga jumpa dengan para ulamak, para alim yang berlainan negara. Kebanyakkan yang dijemput daripada Indonesia. Kalau ada rezeki, gua dengan family gua teringin nak pi maulud dekat indonesia, tapi ngak ada rezeki lagi donggg. Jadinya, ikuti maulud disini ajaaa. Hihi
Maulid yang terdekat sekarang ni Maulid Akbar di bukit jelutong shah alam. So pakai maii nohhh, sebab chek ada kat sana. Mana tau dapat jumpa jo.....doh......ke.......? Eh! Gatai nauuu nak kahwin yee tapi banyak lagi kena siapkan diri sebelum kahwin. Bukan seronok2 je nak kahwin ni. Haaaa, kan dah ubah topik! Kalau cakap pasai kahwin ni memang takan habis. Haha
Cukuplah nukilan saya seorang hamba yang kerdil bukan dari segi batin tapi zahirnya juga. Hmm.
Panjang umoq, kita jumpaaa. Dimana? Di bloggg lerrr. Kikikiki.
Assalamualaikum.
