Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum kalian! 

Selamat menyambut Bulan Ramadhan! Ramadhan tiba~ Ramadhan tiba~ Alhamdulillah, syukur sangat sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa lagi untuk tahun ni. :') 

Suka tak? Huishh, sape yang tak suka tu parah tu. Hihi. Well says, alang-alang dah update pasal puasa, kita nak ceritalah sikit pengalaman kita puasa masa dulu-dulu. Setakat minum ayaq dalam tandas, sape tak penah buat kan? Ke ada yang tak penah? Kalau tak penah memang terbaik lah. Kalau penah, kita ada pengalaman yang sama! 

Bukan nak banggalah tak puasa minum ayaq tandas, cuma masa tu tak bahglil lagi. Bulan pun tak datang tanya kabor lagi, memang bebudak sangat masa tu. Tapi masa kecik jelah! Dah besaq ni nak minum ayaq tandas pun geli. Huhu.

Pertama kali puasa berjauhan dengan keluarga masa belajaq kat sekolah teknik dulu. Kena bangun sahur sendiri, tapi bukan bangun sendiri pun! Kawan-kawan yang tolong kejutkan! Kalau malas turun sahur kat DM, sahur maggie jelah jawabnya. Tak pun, makan roti atau biskut cicah ayaq milo. Tu kira rajin dah, sebab kalau malaih tak bangun sahur dah masa tu :D

Kalau dapat balik kampung lagi seronok! Padahal rumah dengan sekolah teknik tak sampai 30 minit pun. Dekat sangat tapi syok dia tu lain macam! Hehe. Pastu mulalah amek kesempatan sikit, balik hostel lepas berbuka. Sanggup berbuka dengan keluarga dari kawan-kawan. Biar kena marah dengan warden pun! Janji dapat berbuka dengan keluarga, tu penting! ^^

Sama jugalah masa diploma pun. Kita ni jenis tak pandai masak tu pasai beli stok maggie je. Hehe. Tapi time berbukalah perit sikit. Samada order atau beli bungkus. Jarang makan kat luar. Puasa dirantauan ni memang menguji banyak! Tambah pula, telefon mak tanya masak apa, sahur makan apa lagi menjadi 'homesick' tu. Sebab kat rumah mak yang masak, tak adalah risau sangat nak sahur, berbuka makan apa sume! Hihi :D

Tapi seronok juga puasa diperantau ni, walaupun lagi seronok lagi puasa kat rumah. Hihi. Apa yang penting? Yang penting mestilah amal ibadat kita masa bulan puasa tu yee. Tak apa nak buat baik dalam Bulan Ramadhan pun, harapnya dapat dikekalkan walaupun dah habis Ramadhan. 

Selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya kali ni. Sapa yang berazam nak khatam Al-Quran atau pun amal kebaikan semoga dipermudahkan! Chaiyokkk! 

Sekian dari saya, bakal jenazah. 

Assalamualaikum.